Sunday, August 2, 2009

PENENTANGAN TERHADAP PERKAUMAN

Apa itu kaum? Tentunya bangsa yang diagung-agungkan oleh kebanyakan pihak. Sejarah lampau telah membuktikan akan semangat berpuak yang diamalkan oleh kabilah Arab. Bangsa Arab dipecahkan kepada beberapa suku kaum dan suku-suku tersebut sanggup melakukan apa sahaja demi maruah suku kononnya.



Kemudian dunia gempar dengan kebangkitan rejim nazi yang berjuang demi bangsanya iaitu bangsa Aryan di German. Kesan kebangkitan rejim yang berteraskan bangsa Aryan ini terus menyumbang kepada fahaman nazinisme yang mewujudkan kumpulan-kumpulan pelampau berteraskan bangsa secara langsung atau tidak langsung. Keganasan secara kasar atau halus dijadikansenjata utama bagi memartabatkan bangsa yangdiagung-agungkan hingga ke hari ini.



Kewujudan manusia berbilang bangsa, kaum atau suku bukanlah suatu kesalahan atau punca kepada permusuhan etnik. Tetapi manusia itu sendiri yang bersalah kerana mewujudkan sempadan diantara kaumnya dengan kaum lain.Sempadan ini terbentuk kerana ada perbezaan atau hirarki yang kononnya wujud bangsa yang hina dan bangsa yang mulia. Seseorang manusia itu tidak mulia dan tidak pula hina kerana status bangsanya semata-mata tetapi diri manusia atau individu itu sendiri yang membentuk keperibadian dirinya. Jika perlakuannya baik, tentulah dipandang mulia oleh masyarakat dan sebaliknya. Seseorang individu itu harus berusaha dengan cara yang terbaik untuk memartabatkan dirinya dan secara tidak langsung dapat menjaga nama baik bangsanya. Tidak menjadi kesalahan untuk menaikkan nama bangsa atau sesebuah komuniti itu dengan cara sebegini sekiranya ianya tidak menjurus kepada suatu tindakan yang melampau.



Di Malaysia, isu perkauman menjadi-jadi sehingga tiba ke suatu peringkat yang amat menjijikkan. Tidak kira dalam konteks politik atau masyarakat normal, masalah perkauman ini terus-menerus menjadi isu hangat.Semenjak dari sejarah kewujudan Malaysia sebagai negara majmuk sehingga kini, masyarakat masih belum mencapai solidaritas yang sebenarnya. Perbezaan atau sempadan antara etnik terus dibentuk kerana semangat perkauman yang amat mendalam masih lagi wujud. Dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat tertinggi, keadaan ini terus berlaku.



Arena politik yang menjijikkan turut dimuatkan dengan semangat perkauman yang melampau. Persatuan-persatuan politik bangang yang berteraskan bangsa terus menguasai pentadbiran negara. Negara terus digonggong oleh ketua-ketua bangsa yang kononnya hendak memartabatkan bangsa. Dengan bangga mereka berkata bahawa segalanya ini adalah untuk bangsa mereka. Tidak salah untuk membantu bangsa tetapi perlukah sehingga menindas, menekan dan membenci bangsa lain? Kerajaan bukannya hendak membangunkan Malaysia ini sebaiknya tetapi sibuk dengan perluasan kuasa dan pengumpulan harta untuk kroni-kroni tersayang mereka.



Malaysia masih lagi berpecah-pecah walaupun sibuk diperkatakan akan masyarakat harmoni. Kita akan terdengar bahawa kawasan ini adalah kawasan melayu,lot perniagaan ini dikhaskan untuk orang cina atau orang india dengan orang india sahaja. Sifat dengki-mendengki dikalangan bangsa terus diwujudkan.



Selain itu, sifat membenci kepada imigran asing adalah terdiri di dalam konteks perkauman juga.Baru-baru ini di Britain, keadaan huru-hara berlaku akibat permusuhan terhadap imigran dari Asia. Bermula dengan adengan memukul pemandu teksi berketurunan singh, aksi membenci Asia disemarakkan dan memaksa orang-orang yang berasal dari Asia di sana membuat tindakan balas. Tindakan balas ini akhirnya menghasilkan rusuhan kaum yang amat dasyat. Perlukah kita keadaan ini di Malaysia? Perlukah kita memukul atau menghina Mat Bangla dan Minah Indon yang tidak salah itu. Lainlah jika mereka buat salah maka tentunya mereka patut dihukum seadilnya seperti rakyat Malaysia juga.



Pergerakan nazi turut berkembang di Malaysia hasil pengajaran sesat dari Adolf Hitler gamaknya. Malah ditambah pula dengan aduan resepi nasi basi oleh Sex Pistols, maka dengan tidak malunya mereka berkata kamilah punk nazi yang ‘cha@s’ atau ganas sedangkan mereka berperangai seperti keanak-anakkan yang penuh kehuru-haraan. Punk nazi menyangkak ini adalah dalam golongan mereka yang kurang bernasib baik kerana telah menerima pelajaran yang terpencong dari norma kehidupan manusia yang sebenarnya. Marilah kita membantu mereka kembali ke pangkal jalan sebelum mereka terjerumus ke lembah hitam yang lebih dalam setakat mana yang termampu.



Berbalik kepada keadaan masyarakat Malaysia, ada yang melihat sifat perkauman itu sehingga ke peringkat pemakanan. Bukanlah dikatakan perkauman sekiranya berlaku pemilihan dalam pemakanan. Jangan fikirkan sehingga peringkat yang melampau yang melebihi batasan. Keadaan yang dilihat apabila suatu bangsa itu hanya makan di kedai yang pemiliknya sama bangsanya, bukanlah kerana perbezaan bangsa tetapi kerana perbezaan agama. Mungkin keadaan di Malaysia ini dimana setiap agama itu terdiri dari majoriti yang sama bangsanya dalam sesuatu agama. Walhal, keadaan ini adalah kerana bentuk pemakanan yang berbeza diantara agama. Tidak dinafikan juga, ada pihak yang mempunyai semangat perkauman yang tinggi yang memilih kedai makan kerana perbezaan bangsa, perkara ini haruslah dielakkan. Jika memilih kedai kerana agama adalah bukan suatu kesalahan kerana pegangan agama adalah hak peribadi. Ditegaskan lagi bahawa agama adalah pilihan individu, maka bukanlah suatu kesalahan jika aspek pemakanan ini dibezakan oleh pegangan dan amalan dalam agama yang dianuti. Agama adalah pilihan bebas individu itu sendiri tetapi bangsa merupakan suatu yang ditetapkan oleh pencipta agar manusia itu dapat lebih kenal-mengenali dengan bangsa yang berlainan. Kepelbagaian bangsa ini bukanlah untuk mewujudkan kebencian dan permusuhan.



Berkait dengan isu perkauman ini, terdapat pihak yang, memberikan buah pendapat yang mana masalah perkauman di Malaysia ini berpunca disebabkan oleh akta kerajaan yang dikenali sebagai Hak Keistimewaan Orang Melayu. Tidak dinafikan bahawa hak ini turut memberikan kesan kecil ke atas semngat perkauman yang wujud kini.Tetapi bukanlah punca sebenarnya kerana segalanya adalah datangnya dari individu itu sendiri. Hak keistimewaan orang melayu ini dibentuk di penubuhan Malaysia sebagai suatu cara memartabatkan dan memelihara kewujudan bangsa melayu sebagai bangsa peneroka di Tanah Melayu itu sendiri. Perkara ini diwujudkan bukanlah untuk perluasan taklukan bangsa atau untuk menbenci bangsa lain. Akta ini juga diancam boleh mendatangkan kesensitifan ke atas seluruh masyarakat, jangan benarkan peristiwa 13 Mei kembali. Kerajaan pemerintah diktator yang berteraskan bangsa di masa ini yang bertanggungjawab menghuru-harakan keadaan dengan tujuan penguasaan takhta agar dapat mengaut segala hak rakyat demi kepentingan peribadi.



Sifat perkauman harus ditentang seadanya. Perkauman mendatangkan kemudaratan dan bakal menghadirkan malapetaka yang besar. Sesungguhnya bangsa tidak membezakan manusia, mungkin dari paras rupa dan warna

kulit tetapi bukanlah hati dan hirarki. Marilah kita terus-menerus menentang sifat perkauman bermula dari diri kita, keluarga dan rakan-rakan sehinggalah ke peringkat masyarakat terbesar. Sebagai seorang yang bergelar diy hc/punk tentunya amat faham akan keburukan semangat perkauman ini. Kita, sebagai golongan yang bernasib baik, yang mengerti akan hakikat sebenar seharusnya menjadi contoh secara langsung atau tidak langsung kepada pihak-pihak di sekeliling. Mungkin susah bagi kita untuk mengubah perspektif masyarakat terhadap bangsa ini, tetapi kita harus teruskan semangat dan tenaga kita dengan sehabis baik untuk mengubahnya.



Buangkan sifat perkauman dari diri kita dan jangan sesekali kita menyokong aktiviti yang berteraskan bangsa . Persatuan yang menerapkan semangat perkauman adalah suatu perkara yang membahayakan.

TENTANG PERKAUMAN UNTUK KEDAMAIAN.

Friday, July 31, 2009

SIAPA KITA DAN APA YANG KITA MAHUKAN?


Dipetik dan ditranslasikan dari majalah sumber anarko-punk Profane Existence # 35. Penulis asal: Tox

Jika punk adalah sesuatu yang ideal, mengapa kita masih bertindak seperti individualis dan hipokrit terbahagi kepada kumpulan, sepatutnya berjuang untuk ideal dan bukan lagi berlakon, mengelak dan lebih mementingkan alkohol serta kualiti muzik.

Punk sepatutnya suatu kehidupan alternatif dan kesempurnaan seperti ekualiti (kesamarataan), autonomi (berpemerintahan sendiri) dan sebagainya. Nampaknya masih ramai punk yang tidak memahami erti sebenar punk itu sendiri.

Mereka yang mengaku diri sebagai punk tanpa tuturkata yang adil, jujur dan berkongsi juga tanpa suara yang solidariti (keperpaduan), mereka ini mepunyai kehipokritan serta keegoan di dalam diri mereka. Punk bukanlah fesyen, ia adalah organisasi, kerjasama dan idealogi. Oleh sebab yang demikian punk adalah satu pergerakan yang bertentangan dengan kerajaan, satu pergerakan yang juang, protes, bertindak langsung serta tidak konformiti (penurut) dalam menentang sistem
kerajaan yang dipenuhi rasisme (perkauman), seksisme (kejantinaan), autoritarianisme (ketaatan kepada kekuasaan) dan opresi (menindas).

Kita adalah punk dan punk kefahamannya D.I.Y (do it yourself=buatlah sendiri), berautonomi, bersamanya adalah teori anarkisme yang menentang multinasional, pengeksploitasi, polusi serta kesengsaraan kemanusiaan, jika kita adalah untuk menghancurkan sistem yang berperihal menindas ini, kita memerlukan partisipasi dari mereka yang jujur dan ikhlas. Bukan sekadar memakai patches, spike berambut mohawks atau dreads menjadikan kita punk,bukan sekadar menulis lirik untuk
kumpulan,bukan hanya bertuturkata. Punk adalah dengan bertindak untuk berubah. Punk adalah pergerakan untuk perubahan sosial, yang berjuang untuk satu kehidupan yang bebas dan ekualiti serta kehidupan alternatif: autonomi, tanpa bangsa, bendera dan sempadan. Punk adalah kemarahan yang lahir dari kehidupan harian yang dipenuhi seksisme, rasisme, represi, kelaparan, kemiskinan, kapitalisme dimana media dan masyarakat tidak mempersoalkannya. Bagi merealisasikan impian dan hasrat, setiap dari kita harus mempraktikkan kefahaman ekualiti serta menghapuskan naluri superioriti dan egoisme yang wujud dalam minda
dan hati setiap daripada kita,seterusnya kita hancurkan dunia kepemerintahan yang dikuasai oleh mereka yang mengawal kehidupan kita.

Sunday, July 26, 2009

D.I.Y PUNK/HARDCORE dan KOLETIVISME DI MALAYSIA?

D.I.Y punk/hc di Malaysia sangat sinonim dengan kolektif. Hampir disegenap penjuru tempat dalam komuniti kecil punk/hc di Malaysia ini mempunyai kolektif. Tapi, apa itu kolektif yang sebenarnya?

Kolektif adalah satu organisasi kecil yang mana terdapat seramai 5-100 orang atau lebih. Namun pada kebiasaannya, sesebuah kolektif yang wujud dalam komuniti d.i.y punk.hc di Malaysia ini hanya terdiri daripada 5-20 orang ahli sukarela dalam sebuah kolektif.

Kewujudan kolektif dalam komuniti d.i.y punk/hc di Malaysia ini bermula pada sekitar tahun 1997. Coalition Of Relation Collective, K.O.O.F, Callus Collective, Food Not Bombs Kuala Lumpur, Network Of Solidarity Collective, Community Coalition Collective dan Co-Punx Collective merupakan antara pelopor kolektivisme d.i.y punk/hc di Malaysia ini. Semua kolektif yang disebut di atas adalah kolektif yang wujud sebelum tahun 2000.

Kesedaran tentang kolektivisme dikalangan d.i.y punk/hc di Malaysia ini mula terserlah pada tahun 2002 dan 2003 di mana lebih banyak kolektif mula diwujudkan. Sudah menjadi kebiasaan di mana pada setiap tahun pasti akan ada satu persidangan kolektif se-Malaysia yang dijayakan yang mana pada persidangan tersebut akan mengumpulkan wakil-wakil dari semua kolektif yang ada di Malaysia ini untuk berbincang dan bertukar-tukar maklumat dan informasi terkini tentang komuniti d.i.y punk/hc di tempat masing-masing.

Kolektif merupakan satu organisasi yang bergerak tanpa hirarki. Biasanya ahli sukarelawan dalam setiap kolektif mempunyai minat, pandangan dan pendapat politik yang sama. Kebanyakan kolektif di Malaysia ini adalah bersifat 'lokaliti' yang mana mereka lebih menumpukan tentang isu-isu semasa komuniti tempatan sekeliling mereka. Namun, kolektif yang mengamalkan 'de-sentralisasi' kolektif juga wujud di Malaysia ini.

Antara aktiviti yang dilakukan secara kolektif adalah mengadakan bengkel, infoshop, membuat zine dan risalah, menganjurkan demonstrasi, dan juga menjaring dan mewujudkan lebih banyak kolektif.

Konsensus dan Demokrasi Langsung (direct demokrasi) sangat dipraktikkan dalam mencapai sesuatu keputusan dalam kolektif. Kedua-dua kaedah ini digunakan dalam mencapai sesuatu keputusan agar tiada penafian idea/suara/pendapat berlaku. Dengan kata lainnya, melalui dua kaedah ini, semua pendapat yang disuarakan oleh ahli sukarela kolektif didengar dan dipertimbangkan oleh semua ahli kolektif sebelum sesuatu keputusan ditentukan oleh semua. Kerana itulah jumlah bilangan ahli sukarela yang fleksibel dalam sesebuah kolektif adalah diantara 5-15 orang sahaja.

Saturday, July 25, 2009

Definisi Punk (apa Itu Punk)

oleh: Hafeez Abstained Agogo



Punk . satu igauan ngeri bagi masyarakat dan satu impian indah kepada anak muda yang inginkan perubahan dan ingin lari dari dunia arus utama yang di cemari oleh berbagai kotoran yang menjijikkan.



Punk merupakan satu perubahan terhadap diri sendiri ke arah satu platform yang lebih baik dari lari dari sesuatu yang boleh membawa sesuatu yang boleh membawa seseorang itu terjerumus kelembah negetiviti. Kehidupan di sekekiling kita di penuhi dengan kotoran negativiti yang sentiasa mahu memerangkap kita supaya tergelincir dari pendirian kita ke dalam jerat yang tidak pernah menutup mulutnya. Kita memerlukan satu reformasi yang melibatkan diri dan masyarakat sekeliling terhadap dunia yang dipenuhi dengan ketidakadilan dan kezaliman mereka-mereka yang cuba mencorakkan kehidupan orang lain tanpa kerelaan.



Punk merupakan satu perjuangan hidup.Satu perjuangan untuk meneruskan kehidupan menentang arus yang terlalau menindasdan memeras ini. Walaubagaimanapun kejamnya dunia hari ini, kehidupan kita harus diteruskan bagi membolehkan kita berjuang menegakkan kembali hak kita yang telah di runtuhkan oleh kapitalis yang berupa syaitan bertopengkan anjing jalanan. Kita sudah tidak boleh berdiam diri dengan memekakkan telinga, membisukan mulut dan membutakan mata sahaja. Kita harus bertindak jika kita tidak mahu kehidupan kita di musnahkan oleh konkongan mereka yang gelojoh dan tamak.



Punk juga adalah satu penentangan. Menentang kezaliman yang berleluasa dan berlaku dimana-mana ceruk rantau di bumi ini. Menentang penindasan yang dilakukan oleh mereka-mereka yang berkuasa dan berkeupayaan terhadap golongan bawahan yang tidak berkemampuan. Menentang cara hidup yang lalai dan leka sepertimana yang di amalkan oleh lembaga yang bergelar manusia dalam arus utama yang ternyata hanyut di dalam mimpi sementara yang tidak akan membawa mereka kemana-mana. Menentang pertumpahan darah yang berlaku di sana-sini tanpa mengira tempat dan waktu, akibat peperangan yang sentiasa dahagakan nyawa rakyat yang tidak berdosa. Menentang mereka yang menyalahgunakan kekuasaan bagi menghancurkan kehidupan rakyat biasa.



Punk boleh didefnisikan sebagai falsafah kehidupan.merangkumi sikap kita terhadap masyarakat, kerajaan dan dunia hari ini. Ketika kita didalam kehidupan dimana usaha-usaha mengurangkan penggantunagn terhadap kapitalis

di lakukan. Sifat berdikari tanpa mengharapkan bantuan orang lain melainkan mereka-mereka yang memahami corak kehidupan dan perjuangan kita tanpa menaruh perasaan jahat dan khianat.



Punk ialah kecintaan. Sesuatu yang amat penting dalam diri seseorang itu.Cinta meliputi cinta kepada pencipta, diri sendiri, keluarga, masyarakat dan alam sekeliling. Sifat kecintaan ini perlu di semai kedalam diri agar perjuangan yang di tegakkan diselebungi dengan kasih sayang dan cinta antara satu sama lain. Dengan cinta, perpaduan antara kita dapat dipupuk untuk menguatkan lagi benteng perjuangan yang seumpama sebuah bangunan yang tegak dan sukar di untuk di runtuhkan. Kecintaan sesama insan yang akhirnya akan menghasilkan satu semangat setia kawan yang akan menggegarkan keegoan pemerintah serta sebagai senjata yang paling utuh bagi membela nasib mereka yang tidak terbela.



Punk juga adalah kebebasan yang di perlukan untuk meneruskan nafas di dalam dunia yang penuh dengan cengkaman dan kongkongan kuasa yang sering di lihat menzalimi kehidupan orang lain. Kita dapat lihat hari ini kerajaan kita kelihatan seperti manusia-manusia yang terlalu rakus untuk mengejar kuasa tanpa memikirkan kesan sampingan terhadap rakyat biasa. Kebebasan memberi pendapat, bersuara, membantah, berkumpul, bertindak dan melihat di sekat dengan dinding-dindng konkrit yang tak mungkin boleh di tembusi. Bebas daripada pemikiran kolot yang di bina oleh pemerintah yang terjajah ini. Bebas daripada tekanan dan penindasan fikiran dan perbuatan dan yang paling penting , kita dapat membebaskan diri daripada kengkaman pemerintah yang penuh kezaliman.Punk itu keamanan. Aman daripada segala pergaduhan atau peperangan sesama sendiri, aman daripada segala kekecohan dan huru-hara.



Punk islah kesamarataan.kesamarataan dari segi taraf tanpa mengira warna kulit,bangsa ataupun jantina. Semua orang sama sahaja. Tiada yang hina dan tiada yang berdaulat. Tanpa kita sedari punk itu adalah seni.seni yang cuba lari daripada kesenian yang lain daripada arus utama yang sentiasa melekakan manusia terhahap kezaliman dan dan penindasan yang sememangnya sudah di ketahui sedang berleluasa di dunia yang serba canggih ini. Punk itu juga hormat menghormati , dimana menghormati satu sama lain akan melahirkan perasaan kasih sayang antara sesama manusia, kasih sayang terhadap binatang , kasih sayang terhadap tumbuh-tumbuhan , kasih sayang terhadap bumi dan sebagainya. Perasaan kasih sayang yang lahir ini juga akan menjadi satu asas atau tunjang yang kukuh kepada perjuangan kita yang mana tidak mungkin akan dapat di runtuhkan oleh mereka yang zalim dan tidak berhati perut ini.



Walaupun bermacam-macam cara kita mendefinasikan “punk” tetapi “punk” tetap “punk”, satu perkataan yang kompleks yang mungkin tidak dapat di huraikan secara terperinci. Well that, that .down the system up the “punks”!!!!!

KATA AYAH


Kata Ayah,
Kawan tu umpama bunga ros,
Dipandang cantik,
Dipegang sakit...

Kata Atuk,
Kawan tu seperti air,
Terus mengalir...

Kata Nenek,
Kawan tu bak bulan,
Dipuja dan disanjung,
Tapi nun jauh di sana...

Kate Sedare,
Kawan tu macam makanan,
Kawan makan kawan...

Kata Abang,
Kawan tu seperti lembu,
Mengikut saje ape dikata...

Kata Kakak,
Kawan tu tak ubah macam durian,
Bau je busuk,
Tapi sedap dimakan...

Kata Adik,
Kawan tu macam biskut,
Kejap ade kejap takde...

Kata Aku,
Kawan tu tak kisahlah camner,
Walaupun dier...

IBARAT LEBAH,
UMPAMA BUNGA ROS,
SEPERTI AIR,
BAK BULAN, MACAM MAKANAN,
SEPERTI LEMBU,
TAK UBAH MACAM DURIAN,
MACAM BISKUT,
Dier tetap kawan...

Friday, July 24, 2009

TMU(Three Malaysian United)


T.M.U ialah satu komuniti remaja yang baru aku rancang. T.M.U bermaksud Three Malaysian United di mana komuniti ini menggabungkan tiga jenis kaum di Malaysia yang utama,iaitu melayu, cina, India.

Komuniti ini lebih menuju kepada bidang-bidang seni setiap kaum sperti nyanyian, muzik, tarian, dan apa-apa sahaja yang berkaitan dengan seni lalu di transformasikan kepada irama- irama genre muzik seperti hip-hop, reggae, ska, punk, rock dan macam- macam lagi.

Tujuan komuniti ini adalah untuk mencari dan menambah lebih banyak idea- idea dan bakat remaja untuk membina dan mencipta satu kelainan dalam industri seni di dalam Malaysia.

Harapan aku ialah harap mereka yang berkeyakinan bahawa mempunyai kebolehan dalam apa jenis seni dapat menghulurkan komitmen yang tinggi untuk menaik taraf,ekonomi dan social di Malaysia yang semakin meninggkat tanpa mengira bangsa, agama dan taraf kehidupan.